ADA TANGAN GHAIB DALAM KRISIS TERENGGANU?
(www.hambali1.blogspot.com)
Kuala Lumpur dan Putrajaya kini khabar angin bertiup kencang kononnya ada pemimpin tertingi UMNO Pusat ‘terbabit’ dengan usaha menjatuhkan Ahmad Said.
Beberapa sms, panggilan dan e-mail yang saya terima mengatakan ada sedikit perbezaan pendekatan antara Perdana Menteri dan orang ini dalam menangani krisis di Terengganu.
Pemimpin berkenaan dikatakan merestui kumpulan 10 untuk menjalankan apa juga strategi untuk menjamin Terengganu mendapat pemimpin baru.
Malah pemimpin berkenaan dikatakan kurang senang dengan Ahmad Said yang dilihat kurang menyokongnya ketika pemilihan parti baru-baru ini.
Hari ini, dua pemimpin Terengganu - pagi dan tengah hari ini – dilaporkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di negeri itu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tiba di pejabat Perdana Menteri pada pukul 12 tengah hari ini dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan
Terdahulu pada pukul 10 pagi ini, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dilihat berada di lobi pejabat Perdana Menteri.
Tidak diketahui sama ada beliau dipanggil atau memang mahu menemui Perdana Menteri bagi tujuan sama.
Kelmarin, 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan yang mengancam nyawa mereka.
Bagaimanapun mereka kembali menghadiri sidang DUN semalam.
Bagi Ahmad Said, inilah kali pertama beliau menemui Perdana Menteri mengenai kemelut berkenaan, sedangkan bagi Idris, beliau dikatakan sudah menemui Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Laporan Malaysiakini 14 April lalu menyebut, krisis yang sedang berlaku di Terengganu diketahui lebih awal oleh pucuk pimpinan tertinggi negara kerana dua rombongan ADUN Barisan Nasional (BN) telah menemui mereka berdua sejak seminggu lalu.
Bekas pemimpin kanan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid bersama rombongannya menemui Datuk Seri Najib Razak pada 8 April, sehari sebelum perdana menteri mengumumkan barisan kabinet pertamanya.
Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Seri Satria di Putrajaya.
Najib waktu itu belum berpindah ke Seri Perdana.
Manakala satu lagi rombongan ADUN negeri itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.
Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah memberitahu Malaysiakini Perdana Menteri ingin tahu sebab majoriti ADUN tidak senang kepada Ahmad Said.
Alias yang juga wakil Alor Limbat menambah, mereka dipanggil oleh Muhyiddin kerana beliau sendiri juga ingin mengetahui gambaran sebenar politik Terengganu.
Tambahnya, timbalan perdana menteri juga diarahkan oleh perdana menteri untuk mengumpul maklumat lanjut tentang perkara ini.
"(Dalam pertemuan itu,) kita telah menyuarakan rasa kurang puas hati mengenai pelantikan ketua Wanita Umno bahagian Dungun, Zainon Abu Bakar sebagai senator yang mewakili Terengganu," katanya.
"Kerana kita mahu senator yang mewakili Terengganu mestilah (seseorang) yang membawa suara Terengganu," katanya.
Diminta mengulas lanjut sikap rakan-rakannya dalam Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias berkata majoriti sudah hilang keyakinan kepada Ahmad untuk memimpin negeri tersebut.
Beliau menambah, ADUN Kijal tidak mempunyai kebolehan untuk membawa kemajuan Terengganu.
"Jika beliau terus menjadi menteri besar, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa. Untuk itu kita berharap pucuk pimpinan tinggi negara menyelesaikan isu ini segera untuk kepentingan rakyat," katanya.
Apa yang boleh diharapkan ialah Perdana Menteri mengatasi sebaik-baiknya kerana ‘rambut jangan putus dan tepung tidak bertaburan’.
(www.memobelakang.blogspot.com SABTU, APRIL 18, 2009)
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bertindak luar biasa apabila tidak menghadiri hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu semalam.
Bagaimanapun, mereka akan menghadiri hari ketiga persidangan tersebut hari ini.
ADUN terlibat ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera).
Rosol berkata, kesemua ADUN berkenaan telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu hari ini dan mengambil keputusan untuk menghadiri sidang DUN hari ini.
Katanya, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira jaminan keselamatan yang diberikan oleh pihak polis bagi membolehkan mereka menghadiri persidangan tersebut.
''Selain itu, kami juga akur dengan arahan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri agar kami menghadiri sidang tersebut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai arahan Najib supaya kesemua ADUN terlibat menghadirkan diri ke sidang DUN selama tiga hari itu yang berakhir esok.
Tindakan mereka semalam itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima Rosol, Abdul Halim dan Zakaria berhubung kemelut politik di negeri ini.
Ia dipercayai susulan kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan ini.
Berikutan itu, hanya tiga wakil rakyat BN hadir pada sesi soal jawab itu yang didominasi oleh lapan ADUN Pas selain kehadiran 10 Exco kerajaan negeri serta Menteri Besar.
Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan daripadanya diwakili pembangkang.
Kelibat 10 ADUN BN berkenaan tidak kelihatan apabila Dewan bermula kira-kira pukul 9.30 pagi, sebaliknya kesemua mereka berada di Felda Residence di sini untuk sesi sidang akhbar bersama kecuali Idris.
Ketiadaan mereka mendapat perhatian Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) yang bertanyakan perkara itu kepada Yang Dipertua DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Tengku Putera bagaimanapun berkata: ''Apabila saya masuk Dewan, saya lihat kesemua mereka tiada di tempat masing-masing. Selepas ini, saya akan tanya mereka."
Bagaimanapun, selepas mendapat jaminan polis mengenai keselamatan mereka, kelibat dua daripada 10 ADUN berkenaan iaitu Idris dan Mohd. Pehimi muncul pada pukul 3.20 petang semasa sesi soal jawab diteruskan.
Sementara itu, Rosol pada sidang akhbar di Felda Residence berkata, mereka membuat laporan polis selepas dinasihat berbuat demikian.
''Kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga, kami membuat laporan polis bagi mengelak kejadian buruk berlaku,'' ujar Rosol.
Beliau berkata, SMS yang diterimanya adalah dari nombor berkomputer manakala Abdul Halim dan Zakaria dari nombor peribadi seorang pegawai tinggi kerajaan negeri yang dikenali.
Menurutnya, keputusan tidak hadir ke persidangan itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha DUN kira-kira pukul 8.30 pagi melalui SMS.
Rosol yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu berkata, SMS itu dipercayai berkaitan dengan ura-ura kononnya wakil rakyat BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada sidang DUN kali ini.
Katanya, mereka akan menghadiri persidangan tersebut selepas keselamatan mereka dijamin.
Rosol menegaskan, beliau tidak pernah merancang atau berbincang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
''Di sini saya ingin jelaskan bahawa kita tidak pernah berbincang, bertemu dan tidak pernah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu.
''Jadi saya tidak tahu di mana punca yang menyatakan bahawa akan berlaku undi tidak percaya pada sidang DUN kali ini,'' katanya.
Pada hemat saya, Ahmad Said patut menasihati Pemangku Raja untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri lantaran tindakan 10 ADUN ini. Dengan adanya pilihanraya umum yang baru, dapatlah Ahmad Said selaku Pengerusi BN yang baru memilioh 10 calon BN yang baru menggantikan 10 pemberontak ini.
Apa lagi yang mereka mahu? Adakah ia mahu memalukan Ahmad Said atau memalukan Najib yang baru jadi Presiden UMNO? Oleh itu Ahmad Said kena berani bubar Dewan dan mengadakan pilihanraya umum untuk memilih 32 orang calon yang pro kepadanya. Rakyat yang rugi jika 10 pemberontak ini terus berada dalam Dewan Undangan Negeri. Ia memberi peluang kepada PAS untuk menguasai Terengganu pada pilihanraya umum akan datang. Tambahan pula rakyat Terengganu marah kerana Terengganu hanya ada seorang menteri dan tidak seorang pun yang layak jadi timbalan menteri.
Tindakan segera Ahmad Said membubarkan Dewan Undangan Negeri amat diperlukan untuk membersihkan 10 orang pemberontak dan penderhaka kepada Sultan Terengganu.
Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi
‘Haloba’ dan ‘Tamakkan Kuasa’ Punca Kecelaruan Politik UMNO/BN Terengganu(Buletinonline.blogspot.com - 18 April 2009)
Marang - Kecelaruan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dianggap oleh Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan.
Beliau yang tidak mahu terlalu banyak mencampuri urusan UMNO/BN Terengganu berkata pada pengamatannya dari luar, kegawatan berlaku selepas mendapat berita yang diwar-warkan, wang royalti akan dipulang balik.
“Saya tidak mahu campurtangan banyak, (pada) pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan, selepas mendapat berita yang diwar-warkan, royalti akan dipulang balik,”katanya ketika sesi temubual dengan media di rumahnya, dekat sini, pagi tadi.
Menurutnya, sudah tentu banyak projek-projek yang akan mencurah ke Terengganu melalui wang royalti yang akan dipulang-balik itu.
Katanya pihak yang menimbulkan kekalutan mungkin merasakan, mereka tidak berpeluang mendapat lebih banyak melalui projek-projek ini.
Sehubungan itu, beliau berpendapat, kecelaruan politik yang berlaku adalah suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu.
“Ia suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, satu perbuatan haloba dan tamakkan kuasa, cukup (lah) dengan (apa yang) berlaku projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998,
“bila kita (PAS) cuba hendak buat pembetulan (tahun 2004 – 2008), kita (PAS) telah dicantas melalui politik yang kotor, daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu,”jelasnya.
Menurutnya, PAS sabar menghadapi karenah permainan politik kotor itu dan tidak bertindak liar, bahkan, katanya, beliau pernah menyebut di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pernah bersabar selama 40 tahun.
“Dari pilihan raya tahun 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun), kita boleh sabar, kerajaan kita (PAS) jatuh ditengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga kita (PAS) menang tahun 1999,”katanya.
Pada 14 April lalu 10 ADUN UMNO/BN yang diketuai oleh bekas Setiausaha Perhubungan UMNO, Dato’ Rosol Wahid telah memboikot sidang DUN.
Rosol berkata ‘boikot’ tersebut adalah klimaks kepada krisis keyakinan terhadap Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan beliau serta 10 rakannya mendesak Ahmad supaya berundur dan meletakkan jawatan.
Kumpulan Rosol juga menuduh seorang pegawai tinggi kerajaan Terengganu menghantar SMS ugutan bunuh terhadap beliau dan dua ADUN lain, berkait rapat dengan usaha membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad ke dalam sidang DUN Terengganu
Buletinonline.blogspot.com - 18 April 2009
10 ADUN ‘Telanjangkan Ahmad Said’ Dedah Kelemahan MB Terengganu
Tindakan 10 ADUN legasi ‘penderhaka krisis perlantikan’ Dato’ Ahmad Said setahun lalu, kini kembali lagi di ketuai oleh tokoh yang sama, Dato’ Rosol Wahid.
Rosol menjadikan Kelab ‘backbenchers’ sebagai tunggangannya kali bagi menggempur Ahmad.
Dengan panglima-panglimanya, seorang peguam yang juga ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah dan seorang pemikir bekas guru yang juga ADUN Jabi, Cikgu Ramlan
Mereka sudah berterus-terang untuk menelanjangkan segala apa yang mereka dakwa sebagai ‘kelemahan MB Terengganu mentadbir negeri Terengganu’.
Satu laporan difahamkan telah didedahkan kepada pihak media dan juga dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang baru. (Gambar - Idris tidak pernah gembira duduk disebeblah Ahmad)
Namun, apa yang dikatakan sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’ itu sebenarnya adalah tindakan Ahmad Said mencantas orang-orang yang menyokong atau dianggap sebagi penyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Idris Jusoh.
Dan apa yang didakwa sebagai laporan itu sebenarnya perkara yang sudah lama menjadi percakapan dikalangan rakyat Terengganu yang mengikuti sesi perbalahan ‘marathon’ Idris-Ahmad.
Antaranya adalah seperti dibawah;
Ahmad meletakkan mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.
Ahmad didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Idris termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.
Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.
Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri
Pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.
Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."
Ahmad juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."
Bagi Ahmad ia bukan satu kesalahan bahkan ia satu pembaharuan yang mesti dilakukan.
Ahmad mesti membersihkan ‘saki baki’ penyokong kumpulan ‘Pengkhianat’ yang telah membelanjakan wang royalti, milik rakyat dan kerajaan negeri Terengganu dengan boros dan membazir.
Sewaktu menjawab soalan tentang royalti dalam Sidang DUN baru-baru ini, ADUN Wakaf Mempelam telah bangun dan mencelah dengan mengatakan ‘penderhaka dan pengkhianat’ kepada mereka yang telah menghabiskan dan menjahanamkan duit hasil emas hitam itu.
Ahmad membalas, jangan panggil penderhaka tetapi panggil pengkhianat.
Semua hadirin dan para pendengar siaran langsung Sidang DUN tahu, ia ditujukan kepada Idris yang menjadi Menteri Besar ketika membenarkan kerajaan pusat menggunakan wang royalti berjumlah berbilion ringgit untuk menyiapkan projek-projek yang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan Persekutuan.
Bayangkanlah, sebelum ini sudah berkali-kali Ahmad membuat kenyataan sinis dan kritis tentang projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Idris.
Tahun lalu, kes Proton Perdana V6 yang menggemparkan sehingga perbelanjaan pembaikiannya mencecah jutaan ringgit, juga satu pukulan kepada Idris dan kumpulannya.
Justifikasinya, Ahmad membeli Mercedes untuk kereta rasmi Exco dan pegawai Tinggi Kerajaan Terengganu.
Tujuan disebalik pemnbelian Mercedes itu pastinya untuk memperlihatkan kepada dunia politik yang memandang, Ahmad lebih hebat dari Idris yang hanya menggunakan Proton Perdana.
Ahmad juga membeli Mercedes untuk menarik sokongan 10 Exco yang dilantik, yang kesemuanya adalah orang pilihan Idris untuk menjadi calon dalam pilihanraya ke 12 Mac 2008. ......... akan disambung......
Rakan lama saya, Zabidi Saidi (bekas Editor Watan (baru),menulis melalui bloknya, Memo Belakang bahawa Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN.
Sejauh mana berita yang dibawa Zabidi ini benar, tidaklah diketahui kerana dua pegawai polis Terengganu menafikan bahawa polis memburu Dr Ramzi.
Kata Zabibi: “Jika benar Dr. Ramzi terlibat, maka 10 ADUN ini perlu letak jawatan kerana mereka tidak ada niat lain selain memalukan kerajaan BN sendiri.”
“ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,” kata Zabidi.
Beliau berkata , Khamis lepas beliau bertemu dengan seorang G7 dari Hulu Terengganu di The Mall dan beliau memberitahu “Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN. Sabtu lalu polis mengesahkan sedang mencari Dr. Ramzi.”
Zabidi membuat andaian: “Maknanya hebat juga puak Idris mahu memalukan Ahmad Saidterpaksa mencipta sms ugutan sendiri, sehingga tujuh orang yang tidak menerima ugutan pun tidak menhadiri sidang Dewan Undangan negeri.”
Kedua-duanya dilaporkan oleh Berita Harian. Laporan pertama pada Ahad yang metik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata beliau keliru dan terkejut apabila beberapa akhbar melaporkan polis mencari Ahmad Ramzi kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.
Laporan keesokan harinya yang memetik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, sekali lagi menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Dr Ahmad Ramzi, bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.
Sehari sebelum itu, bukan sahaja akhbar malah BERNAMA (Berita Nasional Malaysia), saya ulangi, BERNAMA melaporkan:
Kita tidak pasti kenapa polis menafikannya kerana laporan menganggu siasatan atau memang Dr Ramzi tidak terbabit.
Menghairankan Dr Ramzi tidak diketahui di mana beliau berada dan telefonnya juga tidak berjawab.
Baru-baru ini, Polis Terengganu yakin membuat beberapa tangkapan termasuk perancang utama kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugut bunuh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri ini dalam tempoh seminggu lagi.
Mohd Fauzi, berkata polis sudah mengenal pasti perancang utama kes itu dan gerakan mencarinya giat dilakukan.
Katanya, polis ke rumah perancang utama itu di Marang tetapi gagal menemuinya. Polis percayai lelaki berusia 40-an itu meninggalkan negeri ini dan berada di tempat lain," katanya,
Mohd Fauzi berkata, polis percaya lelaki itu masih dalam negara ini dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan.
Perancang utama SMS ugut bunuh itu dikesan apabila polis menahan kerani berusia 31 tahun yang bekerja dengan syarikat teknologi maklumat di Bandar Baru Bangi, Selangor, pada jam 9.30 malam Isnin minggu lalu.
Bagaimanapun lelaki itu sudah dibebaskan selepas ditahan reman seminggu.
No comments:
Post a Comment